Carian

Kata Untukmu


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 6 Januari 2011

Seuntai bicara dari Ketua Kelas

" Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...


Pertamanya ingin saya ungkapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat lagi bersua pada tahun ini.
     Setinggi-tinggi tahniah buat semua rakan-rakan PISMP1109SS kerana berjaya memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan yang lepas.
     Terima kasih saya ucapkan atas kepercayaan rakan-rakan sekalian untuk saya  memegang tampuk pimpinan kelas kita pada semester ini.  Sesungguhnya ini merupakan tanggungjawab yang besar buat saya.  Namun, insyaAllah, saya akan berusaha yang terbaik menjalankan amanah ini dan saya mohon agar rakan-rakan sekalian turut bersama saya dan memberikan kerjasama yang padu.
     Sebagai makluman untuk rakan-rakan sekalian, pengwujudan blog Ritma PISMP 1109 SS ini adalah untuk memudahkan rakan-rakan untuk mendapat informasi terkini mengenai apa sahaja yang berkaitan kelas kita.  Semoga rakan-rakan sekalian akan senantiasa mengikuti perkembangan blog ini.
    Akhir bicara, kejayaan tidak akan datang sendiri tapi atas usaha dari kita sendiri..sekian."


                          ritma irama rentak senada,
                          beralun segar menggamit hati,
                          selesai sudah kalam bicara,
                          semoga bersua di lain hari.

3 ulasan:

kosaerer berkata...

ucapan penolong ketua kelas takda ke? hehe

Ritma PISMP 1109 Sains Sosial berkata...

kami mahu ucapan penolong..... ucpan! ucapan! ucapan!

Syam Tajuddin berkata...

Tahniah untuk pembukaan blog baru tk ;)