Carian

Kata Untukmu


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 23 Februari 2011

Perhatian Kepada Angela Devi



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

*** Selamat menyambut hari jadi yang ke-22 Angela Devi.. =)

Ahad, 20 Februari 2011

Laporan (Lawatan Ke MSN & ISN pada 8/2/2011)

Berikut merupakan pembahagian aspek mengikut kumpulan setelah diundi :
  1. Pentadbiran agensi-agensi sukan kebangsaan dan negeri - Kumpulan Wan
  2. Pengurusan Pendidikan Jasmani dan Sukan - Kumpulan Fairol
  3. Program pembangunan sukan - Kumpulan Hafriz
  4. Undang-undang dan pentadbiran sukan - Kumpulan Fiza
  5. Isu-isu dalam sukan - Kumpulan Hafriz
  6. Nilai dan etika dalam sukan - Kumpulan Fiza

*** Sila pastikan ahli kumpulan anda telah menyiapkan tugasan yang telah diberi dan laporan tersebut akan dihantar pada hari KHAMIS, 24 FEBRUARI 2011. Sebarang perubahan akan diberitahu kemudian. 

Sabtu, 19 Februari 2011

Khas Untuk Florence!

PISMP 1109 Pengajian Sosial mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke-23 buat Florence anak Jait. Semoga beliau sentiasa sihat dan sukses selalu. Jangan lupa juga senyum-senyum selalu untuk kekal awet muda. =)



*** Sesiapa ada cara untuk buang 'Unregistered Version' tu? Selain daripada saya terpaksa register? =D

Kertas Kerja PJ Permainan Tradisional

Berikut merupakan susunan bagi kertas kerja PJ kita. Sila ikut susunan di bawah :

1.0 Tajuk

2.0 Pendahuluan

3.0 Objektif

4.0 Penganjur

5.0 Butir-butir program
5.1 Nama permainan
5.2 Tarikh
5.3 Masa
5.4 Tempat
6.0 Maklumat permainan
6.1 Sejarah
6.2 Ukuran padang
6.3 Cara bermain
6.4 Undang-undang
6.5 Pemberian mata
7.0  Jawatankuasa permainan


8.0 Senarai peralatan


9.0 Jadual pertandingan


10.0 Kedudukan permainan


Ada apa-apa pertanyaan, sila rujuk pihak yang bertanggungjawab. Selamat menyiapkan tugasan di hujung minggu! (=

Khamis, 17 Februari 2011

Kelas PISMP 1109 Pengajian Sosial Berwajah Baru! ^_^

Semalam, dengan hasil kerajinan dan kerjasama antara AJK Keceriaan (Hafriz, Emilly dan Paul), maka kelas kami berubah menjadi lebih cantik dan ceria! Terima kasih AJK Keceriaan. Teruskan Usaha anda! ^_^

AIM HIGHER TOWARDS EXCELLENCE ^^


'Pintu Gerbang' di belakang kelas.

Kebersihan kelas menjadi keutamaan

Hasil kerja guru pelatih, semasa P&P EDU Encik Samni.



Ketua kelas berpesan, "Jangan lupa bertugas kalau dah turn anda!"

Cantik tak, Fairol?

Hish... Asyik-asyik budak ni. 



Wajah salah seorang jejaka PISMP 1109 SS.

Rabu, 9 Februari 2011

Lawatan Ke Majlis Sukan Negeri

Pada 8 Februari 2011, warga PISMP 1109 Pengajian Sosial telah membuat lawatan ke MSN Sarawak bersama dengan dua lagi kumpulan; iaitu PISMP 1109 Sains dan PISMP 1109 Pendidikan Jasmani. 


Selepas lawatan, kami telah diminta untuk menyiapkan tiga tugasan, iaitu :

  1. Refleksi individu
  2. Laporan (Ketua AJK sahaja)
  3. Soalan tugasan dari Puan Candrawati, tapi belum dapat lagi.

Sila siapkan tugasan anda, jangan tangguh-tangguh.. :)

Peringatan Sekali Lagi!

Jangan lupa, pembentangan untuk PSS 3109 akan diadakan esok, Khamis bersamaan dengan 10 Februari 2011. Sila ambil perhatian. Terima kasih. =)