Carian

Kata Untukmu


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Selasa, 4 Januari 2011

Pembuka Tirai 2011( Gotong-royong)

Tahun 2010 berlalu pergi meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit dan menjadikan diri kita lebih matang. Selepas lebih tiga tahun melayari kehidupan sebagai warga PISMP 1109 SS, kami telah membuka blog kelas buat pertama kalinya di bawah pimpinan ketua kelas kami buat Semester 5 ini, iaitu Mohd Rezuan bin Abdu' Latip. Idea demi idea, akhirnya kami memilih 'Ritma PISMP 1109 Sains Sosial' (tajuk ini dicadangkan oleh Sepawi bin Haji Lukoi) sebagai tajuk blog kami. Dan blog ini akhirnya dapat dilahirkan oleh dua ahli kelas ini, iaitu Nur-Effariza binti Taib dan Herma Julianny Henry. 

Sebagai pembuka tirai 2011, warga PISMP 1109 SS IPG Kampus Tun Abdul Razak telah mengadakan gotong-royong mmbersihkan kelas. Semua ahli kelas telah memberikan kerjasama yang cukup memuaskan dan akhirnya kelas dapat dibersihkan tanpa mengalami sebarang masalah. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang! :)
















Bersih sudah! =)



1 ulasan:

pelayaran berkata...

bagus amalan mulia....