Hari ini, bagi subjek Budaya dan Pembelajaran, pensyarah pembimbing kami Encik Samni bin Suraji telah mengadakan satu aktiviti bagi menggabungkan dua kelas iaitu PISMP 1109 Pengajian Sosial dan PISMP 1109 Pemulihan Melayu. Aktiviti tersebut ialah aktiviti lawatan ke kelas PISMP 1109 Pemulihan Melayu dan kami telah diminta untuk menyediakan satu persembahan untuk dipersembahkan semasa majlis tersebut.
Aktiviti lawatan dan majlis ramah-tamah tersebut diadakan bertujuan untuk menggabungkan kedua-dua kelas di samping menyerapkan sesi pengajaran bagi subjek Budaya dan Pembelajaran. Lawatan PISMP 1109 Pengajian Sosial ke kelas PISMP 1109 Pemulihan Melayu telah disambut meriah dan mesra oleh warga PM. Di samping layanan mereka yang mesra, mereka juga pandai memeriahkan suasana dengan iringan muzik serta celoteh pengacara majlis yang mampu menggamatkan suasana. Keseluruhannya, aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan jayanya. :)
Nyanyian lagu Negaraku
Dari kiri : Ketua kelas SS, Mohd Rezuan; Penolong ketua kelas SS, Francesca dan Ketua kelas PM, Jhowie.
Mendengar ucapan dari 'Ketua Kampung'
Persembahan sajak dari kelas PM
Persembahan dikir barat dari kelas SS
Menjamu selera... Popia....
Pensyarah pembimbing kami, Encik Samni bin Suraji
Tiada ulasan:
Catat Ulasan