Carian

Kata Untukmu


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Rabu, 28 September 2011

Persatuan Pengajian Sosial


PPS Mendaki Puncak

Pengajian Sosial persatuan kami
Mantap ilmu berdisiplin tinggi
Perintah Tuhan dipatuhi
Peribadi luhur berjati diri

Warga bersama berbilang bangsa
Menimba ilmu tak pernah leka
Hormati jiwa setiap masa
Wadah penjana insan Berjaya

Berilmu beramal itulah prinsip kami
Bersedia berbakti demi Ibu Pertiwi

Kami insan yang berwawasan
Penuh tekad menjadi sandaran
Berganding bahu menuju cita
Mendaki puncak jalan sebuah kejayaan

Lawatan Ke Rumah Amal Cheshire Sarawak

Bagi memenuhi kehendak kerja kursus PSS3112, kami PISMP1109 Pengajian Sosial mengadakan lawatan ke Rumah Amal Chesire Sarawak pada 27 September 2011 yang lepas. 

Rev. Sr. Regina (Sebelah kanan ialah Dhauz)






Pensyarah Pembimbing kami, Encik Mazlan Haji Junaidi










Warga SMP1109 Pengajian Sosial


Isnin, 26 September 2011

AJK Bina Insan Guru Semester 6


Soalan Perbincangan Kumpulan (PSS3112)

Soalan 1 (Hafriz and the gang)
Nilaikan pencapaian DEB dan DPbN, dan DWN untuk ;
(a) Membasmi kemiskinan
(b) Menyusun semula masyarakat

Soalan 2 (Fairol and the gang)
Apakah cabaran-cabaran ekonomi Malaysia dalam usaha mencapai status negara industri menjelang 2020? Mampukah Malaysia menangani cabaran tersebut?

Soalan 3 (Rachel and the gang)
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kegawatan ekonomi Malaysia pada tahun 1997-1998?
Apakah kesan-kesan positif dan negatif kegawatan tersebut?
Bincangkan langkah-langkah yang boleh membantu mengatasi kegawatan ekonomi.

Soalan 4 (Anne and the gang)
Bincangkan dua tonggak utama Program Transformasi Nasional (GTP dan ETP) bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Kita akan membentang tugasan ini selepas menghantar kerja kursus PSS3112. Harap maklum.

Kerja Kursus PSS3112

Kerja kursus PSS3112 akan dihantar pada 7 Oktober 2011, bersamaan dengan hari Jumaat. Sila buat persediaan awal bagi mengelakkan sebarang masalah pada saat-saat akhir. Semoga berjaya. =)

Portfolio BMM3103

Portfolio BMM3103 akan dihantar pada 11 Oktober 2011, bersamaan dengan hari Isnin. Diharap semua sudah membuat persediaan. Terima kasih.

Program Persatuan Pengajian Sosial

Salam sejahtera.

15 dan 16 September 2011 yang lepas, PISMP1109 Pengajian Sosial telah pergi ke Kampung Tanah Hitam, Sematan bagi menjalankan khidmat masyarakat di bawah Persatuan Pengajian Sosial, diiringi oleh pensyarah pembimbing kami iaitu Encik Mazlan bin Hj Junaidi.

Aktiviti utama kami ialah aktiviti menebas di kawasan tempat tinggal penduduk terpilih manakala aktiviti sampingan kami ialah mengadakan aktiviti berbeku pada sebelah malam.

Di bawah ini merupakan gambar-gambar aktiviti yang telah kami lakukan pada hari pertama berada di sana.

Bilik tidur lelaki.

Kami menggunakan pengangkutan sendiri.

Kampung Stay = RM150 1 malam. Berbaloi.=)



Taklimat.











Berbeku bersama AJK Tertinggi Kampung Tanah Hitam serta pensyarah pembimbing, Encik Mazlan dan 2 orang anaknya.


Di bawah ini pula merupakan aktiviti yang kami lakukan pada hari kedua, iaitu hari terakhir.


Senaman pagi.

Menyanyikan lagu persatuan.











Aktiviti khidmat masyarakat.









Majlis penutupan di Dewan Masyarakat Sematan.

Bertolak balik.

Kami pulang dengan senyuman, membawa balik kenangan manis dan pengalaman yang berharga buat kami semua. 

Sekian, terima kasih.