Carian

Kata Untukmu


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Khamis, 27 Januari 2011

Pembentangan PSS 3109

Sila sediakan pembentangan Powerpoint anda bagi subjek PSS3109 ini. Semua kena bentang selepas cuti Tahun Baru Cina. Berikut merupakan pembahagian topik mengikut kumpulan yang telah ditetapkan.

  1. Kekuatan dan kelemahan bahan bercetak (Zam dan kawan-kawan)
  2. Kekuatan dan kelemahan bahan teknologi pendidikan (Effa dan kawan-kawan)
  3. Kekuatan dan kelemahan bahan ICT (Wan dan kawan-kawan)


Jangan lupa ya! =)

Isnin, 24 Januari 2011

Selamat Hari Lahir Untuk Effa


Selamat Hari jadi kepada saudari effa semoga anda sihat selalu dan mencapai kejayaan dunia serta akhirat.

Ahad, 23 Januari 2011

Jangan Lupa!

Perhatian kepada warga SS, jangan lupa siapkan kertas kerja PJ anda. Lupa? Kertas kerja permainan tradisional tu. Esok, 23 Januari 2011 hantar. Sekian, terima kasih. =)

Selasa, 18 Januari 2011

Taklimat MUET

Tempat: Dewan Assajaya
Jam     : 2.00 Petang

*Untuk ahli kelas yang mengambil kertas MUET sahaja

Pakaian untuk Kuliah Setiap Minggu

Bil
Hari
Pakaian
1
Isnin
Pakaian Sukan
2
Selasa
Pakaian Sukan
3
Rabu
Pakaian Formal
4
Khamis
Batik/formal
5
Jumaat
Pakaian Formal



*Tertakluk kepada perubahan semasa jika perlu.

Sabtu, 15 Januari 2011

Selamat Hari Lahir Untuk Aisyah


Selamat Hari Jadi kepada Aisyah yang menyambut kedatangan hari lahirnya pada 13 Januari yang lepas. Kami semua mendoakan anda sentiasa sihat selalu, serta bahagia dunia dan akhirat.

kesal, Guru Pelatih Lepasan Ijazah IPG belum ditempatkan di Sekolah.

Yuran Kelas

*Terkini
Perhatian kepada semua ahli Kelas PISMP1109 Sains Sosial ada diminta untuk membayar  RM155 kepada bendahari kelas pada hari Isnin, minggu hadapan. Butiran bayaran adalah seperti dibawah:

  1. RM 50 (bj +yuran kelas)
  2. RM 50 (karnival sukan)
  3. RM 55 (koperasi)

Isnin, 10 Januari 2011

Lawatan Ke Stor Sukan dan Kemudahan Sukan

Jadual kelas PISMP 1109 Pengajian Sosial semalam memang dipenuhi dengan dua aktiviti menarik. Berakhirnya aktiviti ramah-tamah bersama PISMP 1109 PM, jadual pada waktu petang pula diisi dengan aktiviti lawatan ke stor sukan. Pensyarah pembimbing kami, Puan Candrawati binti Ibrahim telah menggabungkan tiga kelas, iaitu PISMP 1109 PS, PISMP 1109 SN dan PISMP 1109 PJ. Kami melawat 3 tempat, iaitu stor sukan di astaka dan dua stor di gymnasium IPG Kampus TAR. Kami selepas membuat lawatan ke ketiga-tiga stor, kami berkumpul di ruang legar gymnasium. Kami terpegun melihat keadaan tempat tersebut yang sudah diupgrade. Sesungguhnya banyak pengalaman berharga yang kami lalui semalam, dan daripada pengalaman itu kami mempelajari betapa indahnya kehidupan sebagai warga pendidik. Chewah!!!


Kemudahan peralatan yang terdapat di stor sukan.













Peluru lontar peluru





Antara koleksi jersi yang terdapat di stor sukan

Ruang legar gymnasium yang sudah diupgrade

Senyum penuh makna...?

Majlis Ramah-tamah Kampung Tahir Rafali

Hari ini, bagi subjek Budaya dan Pembelajaran, pensyarah pembimbing kami Encik Samni bin Suraji telah mengadakan satu aktiviti bagi menggabungkan dua kelas iaitu PISMP 1109 Pengajian Sosial dan PISMP 1109 Pemulihan Melayu. Aktiviti tersebut ialah aktiviti lawatan ke kelas PISMP 1109 Pemulihan Melayu dan kami telah diminta untuk menyediakan satu persembahan untuk dipersembahkan semasa majlis tersebut.

Aktiviti lawatan dan majlis ramah-tamah tersebut diadakan bertujuan untuk menggabungkan kedua-dua kelas di samping menyerapkan sesi pengajaran bagi subjek Budaya dan Pembelajaran. Lawatan PISMP 1109 Pengajian Sosial ke kelas PISMP 1109 Pemulihan Melayu telah disambut meriah dan mesra oleh warga PM. Di samping layanan mereka yang mesra, mereka juga pandai memeriahkan suasana dengan iringan muzik serta celoteh pengacara majlis yang mampu menggamatkan suasana. Keseluruhannya, aktiviti tersebut dapat dijalankan dengan jayanya. :)


Nyanyian lagu Negaraku



Dari kiri : Ketua kelas SS, Mohd Rezuan; Penolong ketua kelas SS, Francesca dan Ketua kelas PM, Jhowie.

Mendengar ucapan dari 'Ketua Kampung'

Persembahan sajak dari kelas PM

Persembahan dikir barat dari kelas SS

Menjamu selera... Popia....



Pensyarah pembimbing kami, Encik Samni bin Suraji



Senarai Penuh Pembentangan Tugasan Kelas En Joseph

 *Terkini

Senarai Acara dan Nama Guru Pelatih PISMPPS 1109 Yang Terlibat

No.
Acara
Nama  Guru Pelatih
1
Lari Pecut
Lim Siew Jiaw & Siti Noor Aisyah
2
Lari Jarak Sederhana
Mohd Norazlizam & Sepawi
3
Lari Jarak Jauh
Florence & Emily
4
Lari Berganti-ganti
Angela Freshma & Francisca
5
Lari Berpagar
Mohd Rezuan & Paul
6
Lontar Peluru
Effa & Herma
7
Lempar Cakera
Fairol & Jalani
8
Lompat Jauh
Arfiza dan Fazlin Latifah
9
Lompat Tinggi
Ahmad Azmi & Mohd Firdhauz
10
Rejam Lembing
Angela Devi & Mohd Hafriz

P/S: Setiap minggu akan terdapat 2 kumpulan yang akan membentangkan hasil kerja mereka bermula dengan Pasangan Aisyah dan Rachel serta Pasangan Aboy dan Sepawi pada minggu ini.. (11.01.11) dan begitulah seterusnya.

Pembentangan Tugasan Kelas En Joseph (Esok)

 *Terbaru
Aisyah dan Rachel( Lari Pecut )
Aboy dan Sepawi ( Larian Jarak Sederhana)

P/S: Sila pastikan pasangan yang membentang bersedia esok hari

Ahad, 9 Januari 2011

Kemalangan

Kita mendoakan saudara Mohd Firdhauz bin Senan cepat sembuh setelah terlibat dalam kemalangan motosikal pada 7 Januari 2011 yang lalu. Mohd Firdhauz dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak pada jam 11.45 malam dan dirawat di sana. Hasil pemeriksaan X-ray Firdhauz mengalami patah tulang di bahagian bahu kanan. Menurut kata doktor yang bertugas, kecederaan yang di alami oleh saudara Firdhauz mengambil masa 5 hingga 6 minggu untuk sembuh.
Posisi tulang yang patah setelah di X-ray

Sabtu, 8 Januari 2011

Maklumat Terkini Aktiviti Kelas Puan Candra

Setiap kumpulan diminta untuk mendemontrasikan permainan tradisional yang telah di bentangkan tempoh hari.

P/S: Guna T-shirt sukan biru kelas.

Jumaat, 7 Januari 2011

Selamat Hari Lahir Sepawi!!!

Kek harijadi sepawi..hehe

Tanggal 7 Januari 1989,
lahirnya seorang putera
disambut penuh gembira
permata hati ayahanda dan bonda,
moga menjadi pendidik berjasa
buat negara, bangsa dan agama,


p/s: tuo dah pawi..hehe=)



Khamis, 6 Januari 2011

Maklumat Program BIG Semester 5 PISMP1109

Tarikh cadangan Jabatan HEP untuk BIG semester 5 PISMP1109 seperti berikut:

Tarikh: 5 dan 19 Februari 2011
 Aktiviti: Lawatan dan Seminar

*Tertakluk kepada perubahan semasa

Tugasa PSS3110 ( En Chai)

Sila pastikan tugasan anda siap pada esok hari untuk dikumpulkan.
  • Rujukan buku yang telah anda baca.
  • Topik kecil yang anda pilih.

Seuntai bicara dari Ketua Kelas

" Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua...


Pertamanya ingin saya ungkapkan syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat lagi bersua pada tahun ini.
     Setinggi-tinggi tahniah buat semua rakan-rakan PISMP1109SS kerana berjaya memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan yang lepas.
     Terima kasih saya ucapkan atas kepercayaan rakan-rakan sekalian untuk saya  memegang tampuk pimpinan kelas kita pada semester ini.  Sesungguhnya ini merupakan tanggungjawab yang besar buat saya.  Namun, insyaAllah, saya akan berusaha yang terbaik menjalankan amanah ini dan saya mohon agar rakan-rakan sekalian turut bersama saya dan memberikan kerjasama yang padu.
     Sebagai makluman untuk rakan-rakan sekalian, pengwujudan blog Ritma PISMP 1109 SS ini adalah untuk memudahkan rakan-rakan untuk mendapat informasi terkini mengenai apa sahaja yang berkaitan kelas kita.  Semoga rakan-rakan sekalian akan senantiasa mengikuti perkembangan blog ini.
    Akhir bicara, kejayaan tidak akan datang sendiri tapi atas usaha dari kita sendiri..sekian."


                          ritma irama rentak senada,
                          beralun segar menggamit hati,
                          selesai sudah kalam bicara,
                          semoga bersua di lain hari.

Rabu, 5 Januari 2011

ISL BMM3104(En Nasir)

Kumpulan 1(Azmi, Lala, An, & Fiza)
  • Isu mengenai kenapa pelajar tidak dapat menguasai kemahiran bahasa.

Kumpulan 2(Lili, Fai, Lyn, & cecey )
  • Apakah Teori pemerolehan bahasa

Kumpulan 3(Cyka, Herma, Jai, & Rachel )
  • Perbezaan antara pengajaran dan pembelajaran?(fokus kepada pengajaran)

Kumpulan 4( Haf, Aboy, Wan, & Dauz )
  • Apa itu strategi, pendekatan, kaedah, dan teknik.

Kumpulan 5(Efa, Paul, Pawi, & Aisyah)
  • Kemahiran mendengar dan bertutur (konsep, objektif, dan proses)

Selasa, 4 Januari 2011

Pembuka Tirai 2011( Gotong-royong)

Tahun 2010 berlalu pergi meninggalkan pelbagai kenangan manis dan pahit dan menjadikan diri kita lebih matang. Selepas lebih tiga tahun melayari kehidupan sebagai warga PISMP 1109 SS, kami telah membuka blog kelas buat pertama kalinya di bawah pimpinan ketua kelas kami buat Semester 5 ini, iaitu Mohd Rezuan bin Abdu' Latip. Idea demi idea, akhirnya kami memilih 'Ritma PISMP 1109 Sains Sosial' (tajuk ini dicadangkan oleh Sepawi bin Haji Lukoi) sebagai tajuk blog kami. Dan blog ini akhirnya dapat dilahirkan oleh dua ahli kelas ini, iaitu Nur-Effariza binti Taib dan Herma Julianny Henry. 

Sebagai pembuka tirai 2011, warga PISMP 1109 SS IPG Kampus Tun Abdul Razak telah mengadakan gotong-royong mmbersihkan kelas. Semua ahli kelas telah memberikan kerjasama yang cukup memuaskan dan akhirnya kelas dapat dibersihkan tanpa mengalami sebarang masalah. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa-masa akan datang! :)
















Bersih sudah! =)